SYAKIRAH

Wednesday, 16 April 2014

PUTERI ISLAM

Image

LOGO PUTERI ISLAM

  • Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
   
  • Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di  dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada  perkataan“PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
   
  • Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
         “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
         “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin


PENGERTIAN WARNA

   
  • Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
    
  • Hijau : Agama
     
  • Taqwa sebagai TERAS
   
  • Putih : Kesucian
   
  • Kuning : Kesetiaan dan ketaatan



BENDERA


  • Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.
    
  • Penggunaan
         - Setiap upacara rasmi
         - Tatacara Perjumpaan
    
  • Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan


Image

LAGU PPIM


VISI 


  • Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

  • Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
    segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

  • Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.   


MISI


  • Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.

  • Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

  • Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment